Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yg bermaksud:
“Akan keluar Dajjal di kalangan umatku, dia akan duduk di
muka bumi selama empat puluh.”
Kata Abdullah bin Umar bahawa aku tidak tahu sama ada 40
hari atau 40 tahun,kerana Nabi s.a.w tidak menjelaskan.
“Ketika itu Allah s.w.t akan mengirim semula Nabi Isa bin
Maryam, paras rupanya seakan wajah Urwah bin Mas’ud. Tugas Nabi Isa diturunkan
kali kedua adalah untuk menghapuskan Dajjal. Setelah Dajjal mati dibunuh Nabi
Isa a.s , maka manusia akan hidup selama 7 tahun dgn aman, maksudnya takde
perkelahian, permusuhan dan peperangan di antara manusia
Selepas itu, Allah akan menghantar angin yg sejuk dari
utara, angin yg amat dingin itu sebenarnya ditugaskan untuk mematikan
orang-orang yg beriman.Tidak ada seorang pun di kalangan orang beriman walaupun
keimanan dalam hati mereka hanya sebesar debu sekalipun, melainkan semua akan
mati..
Yang tinggal di kalangan manusia yg hidup di muka bumi ini
hanyalah orang-orang yg jahat, mereka ibarat burung yg bebas berterbangan tanpa
batas. Mereka tidak dapat mengenal yg mana makruf dan munkar.Ketika itu,
syaitan menjelma sebagai manusia..Lalu dia mengadakan sebuah gambar berhala ,
seraya mengajak manusia yg jahat itu: Tidakkah kamu mahu mengikut aku? Maka
bertanya sekalian manusia: Untuk apakah kami mengikut kamu? Lalu syaitan yg
menjelma sebagai manusia itu menyuruh manusia menyembah berhala.Ketika itu,
dunia dipenuhi dengan rezeki yg mencurah-curah, kehidupan manusia sangat
mewah...
Ketika manusia yg jahat itu sedang hidup mewah
bersenang-lenang, tiba-tiba Allah hantarkan malaikat Israfil dan meniupkan
serunai sangkakala.Maka matilah manusia di dunia tidak terkecuali walau seorang
pun.
Selepas itu , Allah menurunkan hujan dari langit membasahi
Bumi, dengan hujan itu Allah Taala bangkitkan sekalian manusia yg telah mati
itu sama ada yg baru mati atau yg telah lama mati. Kesemuanya dihidupkan semula
tanpa seorang pun yg terkecuali, selepas tiupan sangkakala yg kedua.”
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Firman Allah Taala:
Yg bermaksud:`` Dan ditiupkanlah sangkakala, maka matilah
siapa yg di langit dan bumi kecuali
siapa yg dikehendaki Allah s.w.t.
Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri
menunggu ( keputusan masing-masing ).”
(Surah Az-Zumar
ayat 68)
Siapakah yg
dikecualikan oleh Allah s.w.t yg tidak mati semasa tiupan sagkakala yg
pertama itu? Terdapat banyak pendapat dalam kalangan ulama mufassirin, ada yg
mengatakan bahawa yg tidak mati itu ialah para malaikat, kerana para malaikat
mempunyai berbagai tugas , ada yg menjaga neraka, ada yg menjaga syurga , dan
lain2...
Ada juga pendapat mengatakan yg terkecuali itu ialah
malaikat Izrail. Ada pula ulama yg berpendapat ia adalah para syuhada.Selain
itu, ada juga ulama yg berpendapat bahawa yg terkecuali itu adalah malaikat yg
menanggung arasy Allah Taala. Arasy itu
boleh diertikan sebagai singgahsana Allah s.w.t
Malaikat yg menanggung arasy itu selain dari bertasbih
kepada Allah, mereka juga sentiasa memohonkan doa agar diampun sekalian orang
yg bertaubat, dan juga terhadap mereka yg mengikuti jalan Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah yg lebih beruntung bagi umat Muhammad selain dosanya
telah terampun, kerana apabila dosa seseorang itu terampun beerti dia terlepas
dari bahaya api neraka yg menyala-nyala itu.Lebih kurang macam seseorang yg
dihadapkan ke mahkamah dan telah dibuang kes, alangkah gembiranya dia, inikan
pula seorang yg telah terlepas dari mahkamah akhirat...
No comments:
Post a Comment