Rintihan Penghuni Barzakh


Haisamah bin Sulaiman meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud:-
“Di akhirat kelak Allah s.w.t akan menimbang segala amalan manusia,apabila amalan baik melebihi amalan jahat sekadar seberat telur kutu,maka masuklah ia ke dalam Syurga.Sebaliknya apabila timbangan amalan jahat melebihi amalan baik walaupun sebesar telur kutu,maka masuklah ia ke dalam neraka.”

Bertanya seorang sahabat:Bagaimanakah sekiranya antara amalan baik dan jahat sama berat timbangannya?Lalu jawab Rasulullah s.a.w:
“Itulah ia yg dinamakan AS-HAB AL-A’RAF,walaupun dia tersangat hampir dengan Syurga,namun dia tidak akan memasukinya...
Maksudnya,orang yg timbangan amal baik dan amal jahatnya sama berat akan ditempatkan di suatu tempat yg bernama AL-A’RAF.Walaupun mereka tidak masuk neraka,tetapi mereka juga tidak dapat ke Syurga.Walaupun terlepas dari masuk ke dalam kawah Neraka,tidak bererti mereka bernasib baik.Hal ini kerana di akhirat tempat  selain dari dalam Syurga,semuanya azab belaka..:(
Menjadi AS-HAB AL-A’RAF adalah sangat rugi kerana peluang yg dihadapi 50-50 menyebabkan hilang kelayakan untuk melangkah ke Syurga.

Sungguh menyesal sekali apabila terlantar di wilayah Al-A’RAF.Terlalu hampir dengan Syurga,pohon-pohon Syurga  bagaikan dapat dicapai .Apabila berada di Masyar,peluang sudah tiada lagi,walaupun berselawat sekali ke atas Nabi s.a.w.Walaupun bersedekah hanya dengan setengah  buah tamar sekalipun..

Said bin Zubir dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

“Dikira sungguh-sungguh amalan manusia di hari kiamat,sekiranya kebajikannya mengatasi kejahatannya walaupun satu,maka masuklah dia ke dalam Syurga.Sebaliknya jika kejahatan melebihi kebaikan walaupun satu,maka masuklah ia ke dalam Neraka.”

Kelebihan yg hanya satu itu jika dari segi timbangan,boleh jadi hanya seberat telur kutu seperti yg dinyatakan.Itu pu sudah dikira berjaya dan sangat untung.Subhanallah.
Sesungguhnya perniagaan dengan Allah iti tersangatlah dijamin dengan keuntungan yg besar,satu amal kebajikan dinilai dengan 10 keuntungan pahala,malah ada kalanya diberi keuntungan beratus-ratus kali ganda..
Modal itu telah pun dibekalkan oleh Allah s.w.t dalam diri manusia sendiri,Rasulullah s.a.w menyatakan tenntang modal itu melalui sabdanya yang bermaksud:

“Dalam diri manusia itu ada seketul daging,jika daging itu baik,maka baiklah segala jasadnya,jika rosak daging tersebut,maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.”

Insyaallah,sama2-sama kita kongsikan ilmu ini...:)

Profil iblis


Bukan manusia  jer yg ada biodata,SYAITAN pun tak ketinggalan..
JOM2,terjah profil  syaitan....
                                                 ~Biodata  syaitan~


·         Nama  sebenar                : Iblis...
·         Mula terkenal                   :Selepas derhaka kepada Allah S.W.T..
·         Agama tetap                    :Kafir....
·         Cita-cita                            :Mensyirikkan seluruh manusia..
·         Pekerjaan                         :``Ketua pengarah” puak2 yang dimurkai.
·         Tempoh kerja                   :Sehingga tiba hari pembalasan.
·         Amalan paling disukai      :Berliwat dan lesbien,
·         Alamat tetap                     : Neraka jahanam..
·         Tempat lepak                   :Hati orang-orang yg lalai
·         Darjat kebesaran             :Fasik,darjat yg pertama....
·         Empayar jajahan              :Di hati orang yg tidak ada zikrullah
·         Jalan perjuangan             :Bengkok dan penuh penyelewengan..
·         MUSUH perjuangan         :Golongan muslimin.
·         Modal Utama                    :PAngan-angan tinggi.
·         Majlis yg disukai               :Pasar2 dan pusat maksiat..
·         Lambang amalan             :Nifaq(hipokrit)
·         Isteri di dunia                   :Wanita tidak menutup aurat dan pelacur.
·         Kekasih utama                 :Orang yang lalai dari mengingati Allah...
·         SAAT yg menyedihkan    :Apabila manusia beristighfar
·         Kediaman rasmi               :Dalam jamban dan tandas
·         Rakan taulan                   :Puak2 munafiqin.
·         Punca rezeki                    :Benda2 haram..
·         Rakan puak                      :Puak syaitan dari kalangan jin dan insan...
·         Rakan sekerja                  :Mereka yg bisu akan kebenaran..
·         Upah kerja                        :Dosa-dosa termasuklah pengikut2nya..
·         Bentuk interaksi                : Mengumpat dan menghasut..
·         Makanan asasi                 :Daging mayat(pengumpat)..
·         Pertahanan diri                 :Tipu daya syaitan selalunya lemah..
·         Ungkapan rahsia               :``akulah,,,,’’ iaitu kalimah takabbur.
·         Buruan UTAMA                :golongan WANITA..
·         Mereka yg dibenci            :Orang-orang yg selalu berzikir..
·         Orang yg ditakuti              :Mukmin yg bertaqwa..
·         Janji manisnya                  :Menakut-nakutkan manusia dgn kemiskinan..
    
ALLAHUAKBAR..!!
  ALHAMDULILLAH,sama2 kita berkongsi ilmu...:)

Kenapa tak buat SYURGA je?


Kenapa Tuhan Buat Neraka??Kenapa tak buat Syurga Je??
Al-kisah bermula...Jeng,jeng,jeng.....
  
  Dalam 1 insiden,operasi dijalankan,seorang anak gadis yg bekerja di salah satu Pasaraya Famous XXX telah didapati bersalah kerana tidak menutup AURAT.SO,dia pun kena denda lah...selepas surat saman dihulurkan oleh pegawai, ada Ustaz ni pun bagi lah nasihat:

“....lepas ni harap2 saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..Ringkasnya,kalau taat dgn segala perintahnya,pasti dibalas dengan SYURGA,ingat janjiNya,,,kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat,bakal dapat azab di Neraka ALLAH.ALLAH maha penyayang.Allah sendiri pun tak mahu kita campakkan diri dalam Neraka..Saudari tak sayangkan diri??....”

Gadis yg dari awal tadi dok diamkan diri tiba2  membentak:
“Kalau Allah tu betul2 baik,kenapa buat Neraka??Kenapa tak boleh sediakan Syurga je?Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”...Mungkin dia panas telinga,tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah lah hati panas kena denda tak pakai tudung..Ustaz tadi tu pun terkedu sekejap.``Bahaya budak nih,Kalau dibiarkan,boleh rosak akidah dia”.Habis gadis tu membebel,ustaz pun jawab:

“Dik,kalau Allah tak buat NERAKA,saya tak jadi ustaz.Berapa SEN sangat gaji saya sekarang.Baik jadi TOKEY JUDI,atau BAPAK AYAM....hidup senang,lepas mati pun tak risau sebab GERENTI MASUK SYURGA.Mungkin awak ni pun saya boleh CULIK dan jadikan PELACUR.Untung saya..Kalau awak nak lari,saya BUNUH je..Takpe,nak risau ape??NERAKA kan tak ada.Nanti kita berdua jumpa lagi kat Syurga...Kan Tuhan tu baik??
Gadis tu terkejut.Tergamak sorang Ustaz cakap macam tu?? Sedang dia terpinga-pinga dgn muka confused  + blurr,ustaz tu pun jelaskan:

``Perkara macam tadi akan berlaku kalau Allah hanya sediakan Syurga  je.Orang baik,orang jahat,semua masuk Syurga..so,apa guna  jadi orang baik??Jadi orang jahat lagi best..Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan LULUS percuma.Pembunuh akan berjumpa dgn orang yg dibunuh,perogol pula akan bertemu lagi dgn orang yg dirogolnya di Syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yg menerima hukuman .Sebab Tuhan itu `BAIK’.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak??Awak rasa,adil ke?”tanya ustaz.
Gadis tu pun jawablah:

``Ah....mana adil macam tu.Orang jahat takkan la terlepas senang2 camtu je..”rungut gadis tu.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:`Bila Tuhan tak adil,boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam..Seindah hiasan adalah wanita solehah..Ustaz akhiri kata-katanya:``Adik,saya bagi nasihat ni sebab atas kasih sesama Umat ISLAM.ALLAH itu Maha penyayang,tapi Dia juga Maha adil.Sebab tu NERAKA perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambanya yg ingkar,derhaka,menzalimi diri sendiri da orang lain...Assalamualaikum”.
p/s~artikel  lama yg dijumpai di rumah dan moga menjadi iktibar buat kita semua yer..
baca je??pahala free hanya dgn klik share...(^_^)Alhamdulillah..

Install iman vs virus merah jambu


Ini  adalah artikel yg diambil dari iluvislam.com...Moga bermanfaat buat kita semua..sharing is loving...
       Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virusyang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki softwareIman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe ataufile C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat 'hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisifile sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkaninstaller iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka filedakwah.exedan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang....memang kena kisah la ni..insyaallah..

Yang bertudung bukan pilihan

Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.
Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
alhamdulillah..bertambah lg ilmu kita,,,
baca jer??share lah skali...(^^)