Haisamah
bin Sulaiman meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah katanya,Rasulullah s.a.w
telah bersabda yg bermaksud:-
“Di
akhirat kelak Allah s.w.t akan menimbang segala amalan manusia,apabila amalan
baik melebihi amalan jahat sekadar seberat telur kutu,maka masuklah ia ke dalam
Syurga.Sebaliknya apabila timbangan amalan jahat melebihi amalan baik walaupun
sebesar telur kutu,maka masuklah ia ke dalam neraka.”
Bertanya seorang
sahabat:Bagaimanakah sekiranya antara amalan baik dan jahat sama berat
timbangannya?Lalu jawab Rasulullah s.a.w:
“Itulah ia yg
dinamakan AS-HAB AL-A’RAF,walaupun
dia tersangat hampir dengan Syurga,namun dia tidak akan memasukinya...
Maksudnya,orang yg
timbangan amal baik dan amal jahatnya sama berat akan ditempatkan di suatu
tempat yg bernama AL-A’RAF.Walaupun
mereka tidak masuk neraka,tetapi mereka juga tidak dapat ke Syurga.Walaupun
terlepas dari masuk ke dalam kawah Neraka,tidak bererti mereka bernasib
baik.Hal ini kerana di akhirat tempat
selain dari dalam Syurga,semuanya azab belaka..:(
Menjadi AS-HAB
AL-A’RAF adalah sangat rugi kerana peluang yg dihadapi 50-50 menyebabkan hilang
kelayakan untuk melangkah ke Syurga.
Sungguh menyesal
sekali apabila terlantar di wilayah Al-A’RAF.Terlalu hampir dengan
Syurga,pohon-pohon Syurga bagaikan dapat
dicapai .Apabila berada di Masyar,peluang sudah tiada lagi,walaupun berselawat
sekali ke atas Nabi s.a.w.Walaupun bersedekah hanya dengan setengah buah tamar sekalipun..
Said
bin Zubir dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg
bermaksud:
“Dikira
sungguh-sungguh amalan manusia di hari kiamat,sekiranya kebajikannya mengatasi
kejahatannya walaupun satu,maka masuklah dia ke dalam
Syurga.Sebaliknya jika kejahatan melebihi kebaikan walaupun satu,maka masuklah
ia ke dalam Neraka.”
Kelebihan yg hanya
satu itu jika dari segi timbangan,boleh jadi hanya seberat telur kutu seperti
yg dinyatakan.Itu pu sudah dikira berjaya dan sangat untung.Subhanallah.
Sesungguhnya
perniagaan dengan Allah iti tersangatlah dijamin dengan keuntungan yg besar,satu
amal kebajikan dinilai dengan 10 keuntungan pahala,malah ada kalanya diberi
keuntungan beratus-ratus kali ganda..
Modal itu telah pun
dibekalkan oleh Allah s.w.t dalam diri manusia sendiri,Rasulullah s.a.w
menyatakan tenntang modal itu melalui sabdanya yang bermaksud:
“Dalam
diri manusia itu ada seketul daging,jika daging itu baik,maka baiklah segala
jasadnya,jika rosak daging tersebut,maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah
bahawa daging itu adalah hati.”
Insyaallah,sama2-sama kita kongsikan ilmu ini...:)
No comments:
Post a Comment