Kisah Cinta Julaibib dan isterinya


Rasa-rasa mungkin ramai yang sudah tahu dan barangkali agak ramai juga yang masih belum tahu akan kisah cinta Julaibib dan isterinya yang agak luar biasa ..Ikuti kisahnya..

                                            
                                     

   Pada zaman Rasulullah s.a.w , terdapat seorang pemuda Ansar yg kurang menarik raut  wajahnya.Tubuhnya pendek dan kulitnya sangat hitam.Pemuda itu bernama Julaibib.
Julaibib berusaha mencari seorang wanita yg sesuai untuk dijadikan isterinya , tetapi malangnya tiada seorang pun yang sudi kepadanya.

Lepas tu, nak tahu apa yang Julaibib lakukan? J
Julaibib pun pergi bertemu dengan Rasulullah s.a.w lalu mengadukan masalahnya.  Apabila Rasulullah s.a.w mengetahui masalah masalah Julaibib, lantas baginda sendiri berusaha mencarikan jodoh buatnya. Alangkah untungnya Julaibib..kan?

Maka, Rasulullah s.a.w bertemu dengan salah seorang sahabatnya dan menyatakan hajatnya, “ Wahai fulan , engkau kahwinkanlah aku dengan anak gadismu.” Err.., jangan salah faham pula.Bukan Rasulullah yg ingin berkahwin dengan anak gadis si fulan tersebut, tetapi  pinangan itu dilakukan untuk Julaibib..
Kemudian , sahabat Rasulullah pun berkata, “ Baiklah , aku terima dengan senang hati ,”..
“ Tetapi pinangan itu bukan untuk aku ,” kata Rasulullah selanjutnya. “Untuk siapa?” Pada mulanya dia sangka Rasulullah ingin meminang anaknya untuk dirinya sendiri.. “Untuk Julaibib,” jawab Rasulullah. “ Wahai Rasulullah , kalau begitu berilah aku tempoh supaya aku dapat bermusyawarah bersama ibunya dahulu.”

Dia pun pulang segera pulang  ke rumahnya dan di dalam hatinya timbul pertanyaan bagaimanakah nanti kalau isterinya  menolak hajat Rasulullah s.a.w. Jika menolak pinangan Rasulullah , tentulah tidak baik bagi orang mukmin.Tetapi kalau dia menerima , tentu sekali dia diuji dengan bermenantukan Julaibib yang dianggap tidak laku.

“Rasulullah meminang anak gadis engkau ,” katanya  kepada isteri sebaik sahaja dia sampai ke rumah.“Aku terima dengan hati yang terbuka,” sahut isterinya. “Tetapi bukan untuk baginda.” Jadi untuk siapa?’’ kata isterinya. “Untuk pemuda yang bernama Julaibib.’’balas suaminya.
“Untuk Julaibib.Aku tidak akan sesekali mengahwinkan anakku dengan dia , demi Allah ,’’ jawab isterinya dengan tegasnya. Mendengar itu , dengan segera dia kembali menemui Rasulullah dan menyampaikan penolakan isterinya.
                                      
                                                

Tiba-tiba terjadi sesuatu yang tidak terduga sama sekali.Rupa-rupanya anak gadisnya  mendengar perundingan kedua orang tuanya. Dia kesal kerana ibu bapanya menolak pinangan Julaibib yang bererti menolak ketentuan Rasulullah s.a.w.
“Apakah ibu dan ayah akan menolak keputusan Rasulullah ?” Anak gadis itu bertanya kepada kepada ibu bapanya. “Beritahu kepada Rasulullah aku menerimanya kerana baginda tidak akan membiarkan aku tersia-sia.” Subhanallah , demikian yakinnya gadis itu kepada keputusan Rasulullah s.a.w. ..kan? Mendengar ketegasan anaknya , sahabat itu pun  segera kembali bertemu Rasulullah s.a.w.

“Permintaan tuan diterima,” katanya kepada Rasulullah.Maka Rasulullah pun segera mengahwinkan Julaibib dengan anak perempuannya itu. “Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas anak gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam keadaan susah payah,”  .Doa Rasulullah untuk pasangan pengantin baru itu.

 Peristiwa itu sangat besar ertinya sampaikan ahli sejarah tidak menyebut nama gadis itu dan orang tuanya, disebabkan ketinggian iman gadis itu menerima ketentuan Allah dan RasulNya melebihi kepentingan diri. Julaibib sebenarnya seorang pahlawan ulung walaupun agak hodoh rupanya.Dia akhirnya syahid ketika menyertai peperangan bersama Rasulullah.Bagida sendiri yang menguburkan jenazahnya.Julaibib diiktiraf kerana keberaniannya manakala isterinya dinilai kerana ketinggian imannya. Setelah itu , balunya menjadi isteri  terhormat. Kedua-dua suami isteri itu mendapat penghargaan daripada Rasulullah s.a.w.

Tidak sedikit pun dia buruk sangka kepada Rasulullah yang menjodohkan dia dengan Julaibib yang sangat terkenal dengan kerana tiada rupa itu.Malah, dia sedar itulah jodoh yang paling sesuai buat dirinya.Allah Maha Pengasih dan Penyayang  .Bahkan kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Subhanallah.Jadi, confirm Allah takkan sia-siakan hidup gadis itu dengan Julaibib.Pasti ada hikmah besar di sebalik kejadian itu nanti.
                   

                                
                                     
Percayalah..Allah tidak akan sesekali mengecewakan hambaNya..Di sebalik sesuatu kejadian itu pasti ada hikmah yang begitu bermakna..
Apa ertinya rupa cantik bak model terkenal,kedudukan tinggi, tapi rumah tangga porak peranda.Begitu juga jika harta kekayaan melimpah ruah, tetapi hati tidak tenang malah selalu bimbang dan tidak dapat mengecapi kebahagiaan dalam sesebuah keluarga..Apa yang Allah kurniakan, itulah yang paling baik dan sempurna buat kita..
Segala puji hanya bagi Allah..yang baik semuanya dari Allah , yang kurang baik dan segala salah dan silap adalah dari diri sendiri..:)


p/s~ baca je, share lah skali..alhamdulillah..moga kisah ni menjadi tauladan buat kita semua..

No comments:

Post a Comment