Kenapa tak buat SYURGA je?


Kenapa Tuhan Buat Neraka??Kenapa tak buat Syurga Je??
Al-kisah bermula...Jeng,jeng,jeng.....
  
  Dalam 1 insiden,operasi dijalankan,seorang anak gadis yg bekerja di salah satu Pasaraya Famous XXX telah didapati bersalah kerana tidak menutup AURAT.SO,dia pun kena denda lah...selepas surat saman dihulurkan oleh pegawai, ada Ustaz ni pun bagi lah nasihat:

“....lepas ni harap2 saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..Ringkasnya,kalau taat dgn segala perintahnya,pasti dibalas dengan SYURGA,ingat janjiNya,,,kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat,bakal dapat azab di Neraka ALLAH.ALLAH maha penyayang.Allah sendiri pun tak mahu kita campakkan diri dalam Neraka..Saudari tak sayangkan diri??....”

Gadis yg dari awal tadi dok diamkan diri tiba2  membentak:
“Kalau Allah tu betul2 baik,kenapa buat Neraka??Kenapa tak boleh sediakan Syurga je?Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”...Mungkin dia panas telinga,tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah lah hati panas kena denda tak pakai tudung..Ustaz tadi tu pun terkedu sekejap.``Bahaya budak nih,Kalau dibiarkan,boleh rosak akidah dia”.Habis gadis tu membebel,ustaz pun jawab:

“Dik,kalau Allah tak buat NERAKA,saya tak jadi ustaz.Berapa SEN sangat gaji saya sekarang.Baik jadi TOKEY JUDI,atau BAPAK AYAM....hidup senang,lepas mati pun tak risau sebab GERENTI MASUK SYURGA.Mungkin awak ni pun saya boleh CULIK dan jadikan PELACUR.Untung saya..Kalau awak nak lari,saya BUNUH je..Takpe,nak risau ape??NERAKA kan tak ada.Nanti kita berdua jumpa lagi kat Syurga...Kan Tuhan tu baik??
Gadis tu terkejut.Tergamak sorang Ustaz cakap macam tu?? Sedang dia terpinga-pinga dgn muka confused  + blurr,ustaz tu pun jelaskan:

``Perkara macam tadi akan berlaku kalau Allah hanya sediakan Syurga  je.Orang baik,orang jahat,semua masuk Syurga..so,apa guna  jadi orang baik??Jadi orang jahat lagi best..Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan LULUS percuma.Pembunuh akan berjumpa dgn orang yg dibunuh,perogol pula akan bertemu lagi dgn orang yg dirogolnya di Syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yg menerima hukuman .Sebab Tuhan itu `BAIK’.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak??Awak rasa,adil ke?”tanya ustaz.
Gadis tu pun jawablah:

``Ah....mana adil macam tu.Orang jahat takkan la terlepas senang2 camtu je..”rungut gadis tu.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:`Bila Tuhan tak adil,boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam..Seindah hiasan adalah wanita solehah..Ustaz akhiri kata-katanya:``Adik,saya bagi nasihat ni sebab atas kasih sesama Umat ISLAM.ALLAH itu Maha penyayang,tapi Dia juga Maha adil.Sebab tu NERAKA perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambanya yg ingkar,derhaka,menzalimi diri sendiri da orang lain...Assalamualaikum”.
p/s~artikel  lama yg dijumpai di rumah dan moga menjadi iktibar buat kita semua yer..
baca je??pahala free hanya dgn klik share...(^_^)Alhamdulillah..

2 comments:

  1. Sahabat selamanya5 May 2012 at 21:04

    Hmm betul tu...good sharing... (*_*)

    ReplyDelete
  2. yea..rugi kan x sharing bnda cmni...sma2 dpt manfaat..:)

    ReplyDelete